
Soalan Lazim
Anda perlu diperiksa oleh pegawai perubatan di klinik kesihatan terlebih dahulu sebelum dirujuk kepada doktor pakar yang berkaitan.
Caj cagaran adalah berbeza mengikut kerakyatan dan disiplin seperti berikut :
Disiplin | Warganegara | Warga Asing |
---|---|---|
Pembedahan | RM 30.00 | RM 2,800.00 |
Perubatan | RM 20.00 | RM 1,400.00 |
Sakit Puan | RM 15.00 | RM 2,800.00 |
Bagi semua kes penyakit berjangkit, penerima bantuan kebajikan masyarakat, OKU, pelajar sekolah (disertakan surat pengesahan sekolah), kakitangan kerajaan (disertakan surat jaminan/eGL), pesara kerajaan dan penderma darah (mengikut bilangan pendermaan darah).
Ya, semua jenis penyakit berjangkit dikecualikan bagi warganegara.
Surat pengesahan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kad Pencen, surat sekolah atau surat pengesahan (GL)
Kes-kes kecemasan termasuk kes kemalangan ( di jalan raya / di tempat kerja / domestik ) serangan lelah, serangan jantung, pengsan, digigit ular, kebakaran, sawan, pendarahan kemaluan, keracunan makanan, sakit perut secara tiba-tiba dan amat kuat.
Ya. Ibu/bapa/penjaga jika pesakit kanak-kanak, Manakala pesakit dewasa Cuma mereka yang tenat sahaja dan penjaganya mestilah sama jantina.
Tidak. Pihak hospital tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan. Oleh sebab itu pesakit/waris dinasihatkan tidak membawa sebarang barang berharga semasa berada di hospital